|
SMK TAMAN DAYA sesi petang ![]() selamat datang ![]() Assalammualaikum, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Selamat Datang ke laman web rasmi SMK TAMAN DAYA sesi petang,semoga segala info di laman ini dapat membantu anda mendapatkan berita terkini dari sekolah kami yang cemerlang, terbilang dan gemilang! Komen
berita terkini/lama
|
❝ Perkhemahan Unit Beruniform 2014
Wednesday, 23 April 2014 @ 16:21
Selamat
Sejahtera.
Pada 17-20 April yang lalu SMK Taman Daya telah
menganjurkan sebuah perkhemahan unit beruniform. Aktiviti ini telah mendapat
sambutan yang menggalakkan daripada pelajar SMK Taman Daya. Aktiviti perkhemahan
ini telah disertai oleh 148 orang
pelajar mengikut unit beruniform masing-masing.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan
seperti, night walk, menempuh halangan, pertandingan kawad kaki dan malam
kebudayaan.
Pelajar –pelajar telah pulang ke rumah pada
pukul 1:30 petang pada 20/4/2014. Di
harapkan semua pelajar mendapat manfaat/faedah setelah menyertai perkhemahan
tersebut. J
Labels: perkhemahan ❝ Apa itu PBS?
@ 12:20
Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.[1]
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.
-SUMBER : wikipeda
Labels: pbs |