SMK
TAMAN DAYA

sesi petang



selamat datang

Assalammualaikum, Salam sejahtera dan Salam Satu Malaysia. Selamat Datang ke laman web rasmi SMK TAMAN DAYA sesi petang,semoga segala info di laman ini dapat membantu anda mendapatkan berita terkini dari sekolah kami yang cemerlang, terbilang dan gemilang!




Komen


berita terkini/lama
by title
❥ Perkhemahan Unit Beruniform 2014
❥ Unit Lembaga Pengawas
❥ Unit Disiplin
❥ Guru-guru sesi petang
❥ Bicara PK Petang
❥ info sekolah
❥ Perkhemahan Unit Beruniform 2013
❥ Larian Wirawan Daya
❥ Mesyuarat Agung PIBG tahun 2013
❥ Majlis Sambutan Maulidul Rasul Peringkat Sekolah 1...

by month
❥ October 2011
❥ May 2012
❥ June 2012
❥ July 2012
❥ August 2012
❥ September 2012
❥ October 2012
❥ November 2012
❥ December 2012
❥ January 2013
❥ February 2013
❥ March 2013
❥ April 2014
❥ July 2014
❥ August 2014

xochitl & fourteenroses & malio
  • halaman
  • profil
    • sekolah
    • PK petanng
    • guru sesi ptg
    • HEM
  • unit
    • disiplin
    • spbt
    • pengawas
    • pusat sumber
    • prs
  • aktiviti
    • ops sikap
    • nilam
    • perkhemahan
    • sukantara
    • hari sukan
    • perlantikan
  • peperiksaan
    • pbs
    • pt3
    • spm/stpm
  • kurikulum
    • Sains&Matematik
    • Bahasa
    • Sains sosial
    • tek & vok
  • Trans.Pend
    • i-Think
    • pppm
  • +follow





❝ Apa itu PBS?
Wednesday, 23 April 2014 @ 12:20

Pentaksiran Berasaskan Sekolah atau singkatannya PBS ialah satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif, afektif dan psikomotor selaras denganFalsafah Pendidikan Kebangsaan dan kurikulum kebangsaan Malaysia. Pentaksiran ini merupakan sesuatu yang agak baharu dalam pendidikan di Malaysia, yang selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM). Ia memainkan peranan penting bagi tujuan melahirkan murid-murid yang seimbang dalam pelbagai aspek.[1]
Pentaksiran adalah komponen penting dalam pendidikan kerana ia memberi maklumat mengenai perkembangan murid kepada guru, ibubapa dan murid itu sendiri. Hasil pentaksiran boleh membantu guru menilai kaedah pengajaran dan aktiviti yang dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Kementerian prihatin terhadap dakwaan bahawa sistem pendidikan Negara terlalu berpaksikan peperiksaan. Justeru, Mesyuarat Jemaah Menteri bertarikh 17 Disember 2010 telah bersetuju supaya Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dilaksanakan sebagai sebahagian daripada Program Transformasi Pendidikan.
PBS merupakan satu usaha untuk membangunkan modal insan secara holistik melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai, etika serta moral yang tinggi seperti tercatat di dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP), Pelan Integriti Nasional (PIN) dan seperti yang dihasratkan dalam Misi Nasional.
PBS mula dilaksanakan di Sekolah Rendah pada tahun 2011 dan diperkenalkan di peringkat Sekolah Menengah pada tahun 2012. Justeru pada tahun 2016 murid-murid sekolah rendah akan menduduki UPSR yang telah ditambahbaik. Pada tahun 2014 pula PMR akan dilaksanakan sepenuhnya dalam bentuk PBS.

-SUMBER : wikipeda

Labels: pbs


« older posts back to the top newer posts »